
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala . tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut.Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan Seks
Muntah dan loya
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri . Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan 'tunggu dan lihat '. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius , pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita .
Rawatan Herba HPA
Cadangan Set Lengkap HPA+ Shark Cartilage + Herba Sengugut + Herba Keputihan

No comments:
Post a Comment