Followers

Monday, February 22, 2010

PBC TAIPING 20 & 21 FEBRUARI 2010 BERJAYA


Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Taiping yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2010 telah berjaya dilaksanakan. Kursus PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping telah berjaya menghimpunkan seramai 30 orang peserta dari serata tempat.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir, walaupun yang berdaftar di HPA Cawangan Taiping asalnya hanya 4 orang sahaja dan ini telah melemahkan semangatnya, tetapi dengan tidak disangka, daripada sejumlah 4 orang yang berdaftar, terus melonjak ke 30 orang pada hari pertama Kursus PBC. Menurut beliau lagi, ini adalah hasil daripada pertolongan dan bantuan yang telah diberikan oleh semua pemimpin - pemimpin KPU Taiping yang tidak jemu - jemu dan telah berusaha bersungguh - sungguh untuk mencari prospek - prospek untuk di bawa ke Kursus PBC.

Alhamdulillah, PBC Taiping kali ini telah berakhir dengan jayanya dengan bantuan daripada pemimpin - pemimpin dari KPU sepertiPJS Pn. Noormah Zainol, PJS Pn. Asnah Mustafa dan PJ Roslina. PBC kali ini juga lebih meriah dengan kehadiran pemimpin - pemimpin baru dari GEN 7 yang telah mewarnai PBC Taiping kali ini.

Di antara penceramah - penceramah yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Sabri Ahmad (6M), PJS Saliza Zainol (Halal Haram), PJS Noormah Zainol (Diagnos Saraf Tapak Tangan), PJS Mohd. Zamri Bakar (Produk Pilihan), PJ Harryzan Yaakub (Malam Bintang - Bintang) dan PJS Siham Hashim (Bersama Pemimpin).

Kumpulan Pembentang Terbaik ialah Kumpulan Paramaria Plus. Manakala Pembentang Terbaik Lelaki pula ialah Saudara Norzie Bin Abdul Aziz, daripada Ipoh dan Pembentang Terbaik Perempuan pula ialah Saudari Latipah Bt. Ishak dari Batu Kurau, Perak.

Kursus PBC Taiping diakhiri dengan penggambaran beramai - ramai peserta bersama pemimpin.

Saturday, February 20, 2010

BENGKEL LANJUTAN REFLEKSOLOGI .DAFTAR SEGERA !!!!!



Modul: ANATOMI,REFLEKSOLOGI KAKI & TANGGAN

Yuran:

RM 50.00

( makan tengah hari disediakan)

Pendaftaran:

bayaran di Pusat Agensi Kuala Kangsar

Tel:

05-7765960

/

012-5517029 ( sazali )

Lokasi:-

DEWAN KULIAH

PUSAT AGENSI KUALA KANGSAR,

74c JALAN DATO’ SAGOR,

33000 KUALA KANGSAR

Tarikh:_

28 feb 2010

Masa:-

8.30 pg– 5.00 ptg

OVARIAN CYSTS


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala . tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut.Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

Sakit perut

Rasa perut penuh dan tak selesa

Rasa berat pada ari-ari

Sukar atau kerap kencing

Sakit semasa hubungan Seks

Muntah dan loya

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri . Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan 'tunggu dan lihat '. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius , pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita .

Rawatan Herba HPA

Cadangan Set Lengkap HPA+ Shark Cartilage + Herba Sengugut + Herba Keputihan

Friday, February 19, 2010

KEISTIMEWAAN HERBA HPA

Produk-produk herba yang dikeluarkan dari oleh HPA mempunyai keistimewaanya dibandingkan dengan herba-herba yang lain. Disini saya senaraikan 10 keistimewaannya iaitu:-
1. Ia adalah resepi yang telah dipeturunkan dari satu generasi kesatu generasi.
2. Pengalamannya dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit telah diakui
3. Mempunyai kaedah sinergi yang berkesan.
4. Herbanya datang dari penanaman organik atau herba hutan asli
5. Tidak mendatang kesan sampingan jika tersalah pengambilan
6. Produk yang banyak mengikut kesesuaian pesakit
7. Di bantu dengan gabungan alamiah dan ilahiah
8. Dwifungsi iaitu untuk perubatan dan penjagaan kesihatan
9. Herba-herba tempatan (hutan hujan Tropika)yang mengandungi khasiat ubatan yang tinggi
10. Murah dan sudah pasti halalnya.

Sumber : blog jawimedherb

Thursday, February 18, 2010

ORANG TERKAYA MALAYSIA

Robert Kuok paling kaya di Malaysia
KUALA LUMPUR - Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business. Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan semalam, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008. Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global. Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini. Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih. Ada lebih jutawan tahun ini, 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas. Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkota 'Raja Gula' tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu. Hartawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion. Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong. Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh. Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. -

sumber dari Bernama

ulasan :
Doakan akan adanya orang terkaya dari kalangan Ahli HPA sendiri yang berada dalam Golongan orang terkaya di Malaysia satu hari nanti...insyaAllah amin........

PERHIMPUNAN DAN PERJUMPAAN GEN 1 - 7 KPU NEGERI PERAK BERJAYA



14 Februari 2010 (Ahad)
- Satu perjumpaan dan pertemuan seluruhGEN 1 hingga GEN 7 KPU Negeri Perak telah diadakan pada satu kursus bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Kursus GEN anjuranKPU ini telah berjaya menghimpunkan seramai 100 orang GENseluruh Perak.

Program sepanjang separuh hari tersebut telah bermula dengan taklimat dan pembentangan Modul `Peranan Pemimpin dan Langkah Kejayaan' yang telah disampaikan oleh PJS Mohd Zahir Bin Ghazali. Seterusnya para peserta berpeluang bersama PJS Mohd Aseri Bin Hanapiah yang telah membentangkan modul `Mendasari Pelan PemasaranHPA'.

Pada sesi petang pula para pemimpin dilihat amat teruja dengan penyampaian ceramah `Ke Arah Melahirkan PemimpinMLM HPA Yang Berwibawa' yang telah disampaikan olehPengurus Besar Al Wahida Marketing, En Mohd Faisol Bin Abd Rahman. Seterusnya pada penghujung program, para pemimpin yang hadir tidak kering gusi dengan pembentangan yang cukup menarik yang disampaikan olehPJS Sabri Bin Ahmad yang membicarakan tajuk `Ushawan Herbalis Cemerlang'.

KPU turut mensasarkan kelahiran seramai mungkin PJS baru yang akan menjadi tonggak utama untuk terus membangunkanHPA di negeri Perak dengan program-program kepimpinan yang diadakan secara bersiri ini.

Tuesday, February 9, 2010

USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA

Assalamualaikum kpd semua sahabat seperjuanganku..dah lama rasanya tak update blog,,sbb tgh mencari bahan-bahan baru utk dimasukkan dlm blog ni. jenuh dok cari,,akhirnya dapat gak yang terbaru,,,setakat ni saya tak pernah dengar n jumpa la..yang orang melayu islam kita suka kerja macam ni. tak tau la pulak kalau ditempat sahabat 2 yang lain ada. Pada asalnya , saya lihat sahabat saya ni nak buat secara kecil-kecilan , tetapi jadi lain pulak ..dimana beliau telah membesarkan tempat proses pengeringan di hadapan rumahnya. Teringat pulak saya kenangan semasa melawat ke Padang Indonesia dulu, pernah la jugak minum jus pinang bersama dgn rakan -rakan KPU yang lain...sedap betul,,mana la tahu kot 2 HPA nak wat projek pinang ka???








Pinang yang telah kering akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk dijual


Wajah usahawan yang berjaya

Kenderaan yang digunakan untuk membawa pinang


Monday, February 8, 2010

MENGAPA TAK TER'UPDATE ' BLOG ??????

NANTI AKU UPDATE LAAAA.........!!!!!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin