Followers

Thursday, May 28, 2009

GROUP MEETING RANGKAIAN PJS CIKGU NADZRI





Pada 27hb mei 2009 telah diadakan meeting group rangkaian cikgu nadzri...pemimpin dari KPPU yang hadir ialah PJ Ust Yusfee,PJ Mohd Irwan , Sdr Fadhli, PJ Mashitah dan PLX Siti Arina (Bakal Pemimpin KPPU ). kami telah berbincang untuk menubuhkan Group Usahawan di bwh Rangkaian PJS Cikgu Mohd Nadzri di Bandar Taiping..tujuan penubuhan ini ialah untuk memantapkan ilmu mengenai HPA dikalangan ahli-ahli rangkaian kami.InsyaAllah perjumpaan untuk kali pertama akan diadakan pada 10/06/2009 di Pusat Jualan Taiping ( PJ Mashitah ). dijemput kepada semua ahli dibwh rangkaian ustaz Yusfee..kak mashitah dan saya untuk sama - sama menjayakan program yang dirancangkan...

Wednesday, May 27, 2009

KANSER PEMBUNUH...MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI


Menurut Pakar Bedah Am, Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Shahrol Azmi Mohd. Yasin,

“Kanser pankreas merupakan ‘pembunuh senyap’ yang mana ia tidak menimbulkan simptom atau tanda yang jelas pada peringkat awal.
“Disebabkan itu, penyakit ini kerap didiagnosis ketika penyakit sudah berada di tahap kritikal dan sel kanser sudah merebak ke bahagian lain,” katanya.
Menurut Dr. Shahrol, kebanyakan punca sebenar kanser tidak diketahui tetapi faktor-faktor seperti merokok, diabetes, anemia dan pankreatitis kronik mempunyai kaitan rapat yang boleh mengundang risiko kanser ini.
Tambahnya lagi, kekeliruan terhadap simptom pada peringkat awal juga melewatkan proses pengesanan kanser dan mengakibatkan ia tidak dapat dirawat dan dibuang pada peringkat awal.
Sekiranya pesakit mendapat jaundis, ia adalah petanda yang membolehkan kanser dirawat pada tahap awal. Mungkin sel kanser masih kecil dan belum merebak.
Jelas beliau lagi, kanser jenis ini merupakan salah satu kanser yang agresif dan insiden kanser ini semakin bertambah di kebanyakan negara. Bagaimanapun di Malaysia, belum ada statistik yang lengkap mengenai penyakit ini.
“Kanser pankreas juga sangat jarang berlaku. Dalam setahun, mungkin ada satu dua kes, itu pun kes yang sudah kritikal.
“Kanser ini kebiasaannya menyerang lelaki dan disebabkan ia hanya boleh dikenal pasti pada peringkat serius.
“Ia kerap terjadi pada pesakit lelaki berusia 45 tahun ke atas. Manakala lebih 80 peratus kes berlaku melibatkan pesakit dalam lingkungan umur 60 hingga 80 tahun,” katanya.

Menurut Dr. Shahrol, pengesanan peringkat awal amat membantu pesakit kerana ketumbuhan yang kebiasaannya hadir di bahagian kepala pankreas masih boleh dibuang.
Namun, apabila ketumbuhan itu menutup saluran hempedu masalah lain pula yang akan timbul sama ada pesakit akan mendapat kekuningan yang tidak menyakitkan ataupun ketumbuhan itu membentuk sel kanser.
“Sekiranya sel kanser masih kecil dan belum merebak ke organ lain, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang sel tersebut.
“Disebabkan lewat didiagnosis, kebanyakan pesakit hanya mendapat rawatan untuk mengurangkan simptom sahaja,” ujarnya.

sumber dari Kosmo Online
P/S : PRODUK HPA UNTUK KANSER - SHARKCARTILAGE..RUJUK PD PERAWAT HPA SEBELUM MENGAMBILNYA..

Sunday, May 24, 2009

PBC HOTEL NAZA HEBAT DAN MENGAGUMKAN


PJS Cikgu Nazri sdg menyampaikan slot favouritenya iaitu " RADIX SATU PILIHAN "


Pada 23 & 25 hb Mei 2009 , PBC Hotel Naza telah diadakan dan berjaya mengumpul 120 orang peserta dari berbagai latarbelakang. kami telah menghantar 2 orang peserta saja dari Taiping. shahril telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator di sana. Tahniah diucapkan kpd PJS Asri Hanapiah..dan semua Fasilitator krn semangat anda kami serapkan didalam meneruskan langkah kami dlm perjuangan HPA ini......insyaAllah....

Barisan PJS dan fasilitator sedang bergambar kenang - kenangan
Peserta daripada muslimin dan muslimat bersemangat bernasyid lagu "Teman Sejati "

PJS dan fasilitator sdg ber"posing"


Peserta terbaik dari kalangan muslimin dan muslimat PBC Hotel Naza Penang



Wednesday, May 20, 2009

PRODUK BARU HPA......

PENCUCI LANTAI ORGANIK MERBAU, PENCUCI PINGGAN WIDURI, PENCUCI TANDAS ANGSANA

REMPAH KARI IKAN DAN DAGING


MINUMAN SERAI DAN MINUMAN ROSELLE

Semua Produk ni dah ada di Pusat Stokis kami di Batu Kurau.....

GERIK LUBUK EMAS BAGI PENGEMPUR RADIX


Gambar : Kelihatan Pengurus Cawangan HPA Gerik dan staf -staf... yang banyak membantu kami


Gerik adalah kawasan yang cukup berpotensi untuk semua ahli-ahli HPA dalam memperjuangkan Produk halal ini .Ini diakui sendiri oleh Tuan Hj Ismail Ahmad sewaktu saya mendengar kuliahnya....


Oleh itu...Ayuh gempur Pekan Gerik...


Friday, May 15, 2009

TAIPING DI BOM OLEH PENGEMPUR "RADIX" BERITA TERKINI...

Pada 16hb & 17 hb Mei 2009 telah berlangsung PBC Taiping di Hotel Seri Malaysia Taiping...seramai 65 orang peserta dapat dikumpulkan . Peserta pada bulan ini adalah peserta yang teramai dalam sejarah PBC Taiping..PJS yg telah menjayakan PBC kali ini ialah PJS Syed Agell, PJS Pn Normah , PJS Asnah Mustapa, PJS Cikgu Nadzri, PJS Asri Hanapiah , PJS Syarifah Sulaiman, PJS Ustazah Saliza dan suaminya, PJS yang turut hadir iaitu...PJS Kak Siham...Fasilitator pula iaitu..PJ ustaz Yusfee, PJ Mohd Irwan , PJ sazali, PJ Mohd Shahril , PJI Kharidah Khanun, PJ Hindon , PJ Hj Azizan, PJX Firdaus , PJ Siti Nazirah dan sahabatnya...

Gambar : Teraju utama PBC Taiping iaitu Ustz Yusfee sedang memberikan taklimat PBC


Barisan PJS dan pimpinan Muslimat PBC Taiping yg memainkan peranan penting..

Gambar : Penulis sedang bergambar dgn PJS Asnah Mustapa








PJS Sharifah Sulaiman bersama suami tercinta.. sedang menjamu selera selepas memberikan ceramah


Gambar : PJS Syed Agel sdg memberikan ceramah mengenai Plan Pemasaran kepada peserta


Gambar : Peserta sdg mendengar ceramah dengan penuh Khusyuk...


Nota : PBC akan diadakan pada bulan 7 , bulan 6 tiada disebabkan semua PJS KPU pergi mengerjakan umrah....kita gempur bulan 7 di TAIPING!!!!insyaAllah....

Tuesday, May 12, 2009

PANDUAN UNTUK PENGGUNA BIJAK



Mendidik Anak Mengenal Makanan Halal
Allah Swt. berfirman:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kalian yang nyata." (QS al-Baqarah [2]: 168).Makan adalah keperluan jasmani yang harus dipenuhi. Halal dan baik (halallan thayyiban) merupakan syarat utama saat kita menghidang makanan. Kerana itu, mengetahui makanan halal sangat penting; tidak hanya bagi orangtua, yang bertugas menyediakan makanan untuk anak-anak, tetapi juga bagi anak-anak. Mereka harus mulai dikenalkan dengan makanan halal atau haram agar lebih berhati-hati saat menggunakannya. Bagaimana mengenalkan makanan halal dan haram kepada anak? Tulisan berikut akan memberikan beberapa panduan.

1. Mengenalkan label halal. Usahakan untuk selalu membeli makanan yang sudah mendapatkan pengesahan halal dari mulai makanan ringan, jajanan (makanan ringan) anak-anak sampai memilih gerai makan ketika akan bersantap dengan keluarga. Label halal yang bertulisan jawi HALAL biasanya di tampal di dinding premis. Terdapat juga yang menampal lesen sijil halal dari JAKIM di dinding, namun perlu juga kita perhatikan tarikh yang tercatat pada sijil tersebut.

2. Mengenalkan kandungan makanan. Ajari anak-anak untuk mengamati setiap kandungan makanan yang tertera pada bungkusan atau bekas makanan. Jika di dalamnya mengandung bahan yang meragukan, seperti gelatin, misalnya, pastikan bahawa yang tercatat adalah gelatin yang berasal dari sapi. Gelatin biasanya terdapat pada makanan yang lembut dan sedikit kenyal, seperti permen lunak, ais krim, dan puding. Tiga jenis makanan ini termasuk makanan utama anak-anak. Kerana itu, dengan mengenalkan komposisi kandungan, anak-anak terdidik untuk berhati-hati sebelum mengkonsumsi makanan.

3. Memperlihatkan poster barang haram. Poster anti dadah, misalnya, boleh kita lihat dimana-mana; di berbagai media (massa/elektronik) atau di jalan-jalan raya. Gunakan sarana itu untuk mengenalkan kepada anak makanan yang haram, di antaranya kandungan dadah atau alkohol berikut boleh menimbulkan pelbagai bahaya yang ditimbulkan. Dadah dapat mengganggu kesihatan, melemahkan perasaan dan merosak moral serta menghancurkan generasi. Dengan memperlihatkan poster semacam itu, anak-anak telah dididik sedari kecil untuk mewaspadai makanan/zat yang haram.

4. Menunjukkan makanan yang haram saat Berbelanja. Sekali waktu, ajaklah anak berbelanja di pasar atau supermarket. Jika ada makanan haram yang di jual di sana, tunjukkanlah kepada mereka. Amatilah baik-baik, misalnya, perbezaan antara daging sapi dan babi; mulai dari warna, tekstur dan sebagainya yang menunjukkan perbezaan itu. Selain daging segar, kepada anak-anak juga boleh diperlihatkan beberapa makanan yang mengandung bahan khindzir. Selain makanan, anak juga boleh dikenalkan dengan minuman-minuman beralkohol yang haram dikonsumsi, yang biasanya dijual di supermaket besar; seperti macam-macam bir atau minuman haram lainnya. Tekankan kepada anak-anak bahawa semua itu dilarang oleh Islam dan haram untuk dikonsumsi.

5. Mengunjungi pameran produk halal. Jika ada kesempatan, ajaklah anak-anak mengunjungi pameran produk halal. Di tempat pameran akan disajikan makanan dan minuman yang biasanya sudah mendapat sijil halal. Anak akan menjadi lebih tahu, ternyata tidak sedikit makanan halal yang boleh mereka makan/minum. Anak juga boleh bertanya langsung kepada orang-orang yang menjaga setiap gerai/booth sekaligus meminta penjelasan tentang produk makanan yang dipamerkan. Dengan cara itu, anak-anak terbiasa memperhatikan makanan halal dan makin menyedari betapa pentingya soal ini.

6. Membacakan ayat dan hadis. Mengenalkan makanan halal dan haram juga boleh dilakukan dengan mengenalkan dalil-dalil tentang makanan yang bersumber dari al-Quran atau Hadis Rasulullah saw. Ajaklah anak untuk membaca, mengkaji dan kalau mungkin menghafalkan ayat-ayat dan hadis tersebut. Contohnya ayat berikut:Diharamkan atas kalian (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembilih atas nama selain Allah; yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang kalian sempat menyembelihnya; dan (diharamkan atas kalian) binatang yang disembelih untuk berhala. (QS al-Maidah [5]: 3).Contoh lain adalah sabda Rasulullah saw. berikut:Tidak akan masuk surga siapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram. Neraka lebih utama untuknya. (HR Ahmad).

7. Menanamkan kehalalan melalui cara mendapatkannya. Selain panduan di atas, penting juga diajarkan kepada anak, bahawa makanan yang halal tidak hanya dilihat dari zatnya saja, tetapi juga cara memperolehnya. Makanan yang zatnya halal, tetapi didapat dengan cara yang haram, menjadi haram juga. Misal, ayam goreng yang halal dimakan, jika didapat dengan cara mengambil bekal temannya saat makan tengahari di sekolah, menjadi haram. Dengan cara ini, anak juga dididik sedari kecil untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang halal. Dengan begitu, bibit-bibit korupsi dan tindak tanduk kejahatan menyangkut harta lain dengan cara ini sesungguhnya sudah dibanteras mulai dari akarnya.

8. Mengenalkan makanan halal melalui kegiatan makan bersama. Cara lain yang cukup efektif mengenalkan makanan halal kepada anak-anak adalah saat makan bersama. Sebelum acara makan dimulai, ajaklah anak-anak mengamati makanan masing-masing. Selain dari kandungan gizinya dan manfaatnya untuk pertumbuhan anak, jelaskan juga sisi kehalalan. Tanamkan rasa syukur dengan makanan yang sudah tersedia, sekaligus juga ajarkan tentang adab makan dan minum sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw.: membaca doa sebelum makan, menggunakan tangan kanan, tidak berbicara saat makan, tidak mencela makanan dan sebagainya.

9. Menunjukkan makanan haram melalui televisyen. Mengenalkan makanan haram kepada anak, selain boleh dilakukan secara langsung juga dapat melalui media, misalnya televisyen. Di filem-filem biasanya terdapat adegan orang yang mabuk kerana meminum minuman beralkohol. Sampaikan bahawa khamar (minuman beralkohol) haram diminum. (Lihat: QS al-Maidah [5]: 90).

10. Mengikuti perkembangan info halal. Sentiasa dapatkan info dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan lamanweb JAKIM mengenai status halal sesuatu produk.




WANITA AKAL SENIPIS RAMBUT

Jangankan lelaki biasa , nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada di dalam syurga ? namun Adam tetap rindukan Hawa .
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki . Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus . Luruskanlah wanita itu dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah S.W.T . Didiklah mereka dengan panduan-nya .
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka akan semakin liar . Kenalkanla mereka kepada Allah , zat yang kekal . Disitu punca kekuatan dunia !!!.
Akal senipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu berguna . Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman sempurna . Perasaanya selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlaq mulia . Suburkanlah ia kerana disitu nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Allah .
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah ,sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan . Tanpa iman , ilmu dan akhlaq , mereka tidak akan lurus . Bahkan mereka akan semakin bengkok . Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal tuhannya.
Bila wanita menjadi derhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru- hara . Lelaki janganlah pula mengharapkan ketaatan semata – mata tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum memimpin wanita menuju illahi , pimpinlah dulu diri sendiri kepadanya .
Jinakkanlah diri kepada Allah , nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu . Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah andainya dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamallah . Begitulah sebaliknya . Semoga nur Illahi menerangi hatimu .

Aminn………

Monday, May 11, 2009

TESTIMONI KENCING MANIS


Nama : Roslina bt Muhamad
Alamat : Kg Batu 14 34500 Batu Kurau, Perak
No Ahli HPA : 364716my01 ,Masuk HPA pada Bulan 11 2007
Kursus PBC yg disertai : PBC Parit Buntar Inn
Produk HPA : Plantisol, Teh Herba , omega-3 softgel HPA , kopi radix
Sebelum kenal HPA: Menggunakan beberapa jenis ubatan farmasi doktor dan setiap hari mesti cucuk insulin 3 hari sekali.
Kehidupan sekarang : Mengamalkan produk HPA dan Alhamdulillah telah disahkan oleh doktor , darah telah kembali normal dan sekarang tidak lagi menggunakan insulin...
Pengalaman : Byk kali telah dimarahi oleh doktor yg merawat supaya mkn ubat yg diberi ttp beliau tidak berbuat demikian sebaliknya beliau menggunakan Produk HPA iaitu set Kencing manis yg telah diberikan oleh perawat HPA.
Setiap penyakit ada penawarnya...hanya Allah yang menyembuhnya kita hanya berusaha
Mencegah lebih baik daripada mengubati

BERBEKAM (AL-HIJAMAH ) SUNNAH NABI











Gambar : Peralatan bekam dan rawatan bekam yang dijalankan di Pusat Rawatan Alternatif Batu Kurau.




Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)" (Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".
Bekam sangat sesuai dengan tujuan pengubatan Islam itu sendiri iaitu dapat mencegah dan merawat penyakit. Bekam amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat perawatan.
Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi. Jika terlalu banyak kotoran yang mengandungi toksid dalam badan, ini akan menyebabkan penyumbatan dalam saliran darah; di mana sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan, baik secara fizikal maupun mental seseorang. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai ke tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).
Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit. Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.
Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

PEMANDANGAN DI INDONESIA YG SEMPAT DIRAKAMKAN


gambar : Pemandangan Gunung Berapi yang tak aktif dan sudah menjadi sebuah tasik yang indah...Tasik Maninjau







Gambar : Pemandangan dari atas kapal terbang...Gunung Berapi yang masih aktif di Jawa Barat iaitu Gunung Merapi...



PACKAGING BARU PRODUK RADIX




Sunday, May 10, 2009

DIARI SEORANG HERBALIS

Gambar : sedang bergambar di hadapan RFC Sg Petani..berwajah baru (warna oren )




Gambar : semasa program PIC di Sg petani baru - baru ni



Gambar : Suasana dalam kelas PIC

Ya Allah ampunilah dosaku Ya Allah..berilah kefahaman dalam memahami ilmu MU ya Allah...luaskanlah rezeki ku Ya Allah... semoga aku menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat-MU ya Allah...amin

Monday, May 4, 2009

AKSI MAT REMPIT...MESTI TONTON

AKSI MAT REMPIT SELURUH DUNIA



Kepala sampai kena jlnraya....jgn tiru aksi ini..


Berlumba - lumba nmpknya untuk sampai ke garisan penamat...



melepas gian merempit...mangkuk tandas pun jadi.


Merempit secara beramai-ramai...memeriahkan lg suasana yg ada...klau kena saman ..mesti semua kena...


Moral: Jgn Merempit sesuka hati...membahayakan nyawa..sayangilah keluarga anda..dan ikut peraturan jlnraya dan jgn menzalimi diri sendiri dan org lain..


Sunday, May 3, 2009

Mydin Melaka bakal ada Cawangan RFC



Gambar dan post ini diambil daripada Blog Tuan Pengarah Urusan HPA


Ramai ahli-ahli HPA terkejut apabila pihak Pasaraya Mydin mula mengiklankan RFC akan dibuka cawangannya di Melaka. Pihak RFC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu bagi pembukaan cawangannya di Pasaraya ini. Selain daripada Mydin Melaka, RFC juga akan dibuka di Kluang, Kuantan, Kelantan dan Perlis dalam jangkamasa yang terdekat ini. Semoga ianya akan menjadi alternatif utama umat Islam bagi mendapatkan sumber yang halal. InsyaAllah.


Diambil dari JawiHerbShop Pada Thursday, April 30, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN KPU GEN 1-6 DI SP INN


Gambar : Al-Fadhil Ust Ku Mat Ali sdg memberi taklimat mengenai Zakat Perniagaan. Inilah salah satu kelebihan Syarikat HPA mementingkan Ahlinya supaya membayar zakat..

Pada 3hb Mei 2009 bertempat di Hotel SP INN Sg Petani telah diadakan satu Program Kepimpinan KPU Gen 1-6 . Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan KPU dgn ilmu pengetahuan serta mendedahkan beberapa isu terkini .Program yang diadakan ialah Ceramah bahaya bahan kimia dlm pemakanan yang disampaikan oleh Dr Afidah Abd Rahim dari USM, Taklimat Zakat Perniagaan - Ust Ku Mat Ali , dan Diskusi buku " Menjadi Jutawan MLM " oleh 7 org PJS KPU sbg pendiskusi.
Program ini banyak membantu saya dalam memahami apa yang diperjuangkan oleh HPA selama ini. Semoga program ini banyak lagi diadakan selepas ini.....




Gambar :Para peserta sdg khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan




Gambar : Sempat bergambar bersama PJS utk kenang-kenangan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin