Khasiat koko:
- Koko mengandungi Poliphenol yang tinggi
- Antara jenis Poliphenol ialah Flavanoids
- Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberi tindakan antioksida yang kuat
- Koko mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
- Kuantiti antioksida yang diserap dari koko atau coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur
- Kandungan antioksida yang tinggi dalam koko dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
- Hasil kajian menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina
- Manakala kajian di Jepun pula menunjukkan bahawa Poliphenol berupaya mengurangkan tekanan serta menghalang perubahan emosi dibawah tekanan fizikal
- Koko melambatkan proses penuaan
- Penuaan ialah proses yang mengakibatkan kerosakan radikal
- Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi antioksida amat penting untuk melambatkan proses penuaan
- Hasil kajian mendapati bahawa jangka hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida
- Manakala menerusi kajian oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health
- mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun
- berbanding bukan penggemar coklat.

