Followers

Wednesday, March 31, 2010

Monday, March 29, 2010

MALAM 28/03/2010 KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR


Malam tu..turn aku pulak bercerita tentang PSC di kelas Mingguan Kuala Kangsar..


PJE Imilia sedang menerangkan Produk Herba TUJU ANGIN

AKTIVITI SEKITAR MINGGU INI....( KURSUS KEPIMPINAN KPU PERAK GEN 1-7 ) 28/03/2010


Bengkel LDK Muslimat

Peserta Kursus kepimpinan KPU Perak Gen 1-7

Motivasi dari PJS Cikgu Mohd Nadzri


Pembentangan Kumpulan Motivasi


PJS En Aseri Hanafiah membentangkan modul PSC

Sunday, March 21, 2010

MELAKA HALAL HUB AKAN DILANCARKAN

PENGARAH URUSAN LANCAR PRODUK BARU HPA

17hb March 2010. 4 Produk baru telah dilancarkan oleh PU HPA di Hotel De Palma Ampang Pada Jam 9.00 Malam turut hadir PU2 Haji Fisal Tajudin, GM AWM En. Mohammad Faisol Abdul Rahman, GM MIS Dan Pentadbiran Puan Rasidah, GM R7D En. Ghani, GM Akaun En Rosli. Telah dihadiri lebih 1000 ahli dan pendokong HPA. Kumpulan HPA Raihan telah membuat persembahan yang hebat pada malam itui.




Friday, March 19, 2010

PENASIHAT KELAB KOMUNITI TAIPING 2010


15 Mac 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini telah dihadiri oleh Penasihat Komuniti KPU Taiping iaitu PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad bersama isteri beliau PJS Noormah Bt. Zainol. Pengerusi bertugas pada malam itu ialah PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir selaku Naib Pengerusi Komuniti KPU Taiping.

PJS Mohd. Nadzri telah menyampaikan ceramah Motivasi dan Pengenalan HPA memandangkan terdapat beberapa orang baru yang hadir pada malam itu. Manakala PJS Noormah Zainol telah membentangkan mengenai produk Cuka Nipah HPA yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Sebelum bersurai, pengerusi majlis telah melancarkan kutipan derma kepada seorang dari ahli HPA yang telah lumpuh akibat daripada serangan penyakit CHIKUNGUNYA beberapa bulan yang lalu. Selepas itu, penyampaian hadiah cabutan bertuah diadakan dan pada malam ini sebanyak 6 hadiah cabutan bertuah telah disampaikan yang ditaja oleh PJS Cikgu Nadzri.

Seramai 11 orang pemimpin dari GEN telah hadir pada malam tersebut. Selepas Kelas Mingguan selesai, semua GEN yang hadir bergambar beramai - ramai bersama PJS Cikgu Nadzri dan PJS Puan Noormah.


KPU SG PETANI & TAIPING MENGEMPUR IPGKSAH SUNGAI PETANI


10 Mac 2010 (Rabu) - Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani dan Taiping telah bergabung menggempur Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh guru - guru pelatih dari institut itu sendiri yang terdiri dari ahli - ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri Ahmad.

Ahli HPA di bawah rangakaian PJS Cikgu Nadzri, iaitu Ustaz Zakir Bin Mohd. Amin merupakan Yang Di Pertua (YDP) Majlis Persatuan Guru Pelatih di IPGKSAH. Beliau bersama - sama sahabat yang lain telah menjemput pemimpin - pemimpin dari Sungai Petani dan Taiping untuk mengadakan program ceramah bertajuk HPA dan Isu Pemakanan Hari Ini.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri dan telah menghimpunkan seramai 100 orang guru pelatih di institut tersebut. Pemimpin - pemimpin yang turut hadir pada program tersebut ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah Mustafa, PJE Adlina Adenan, PJ Roslina, PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Yusfee Yusof dan ramai lagi.

Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani juga telah membawa produk - produk HPA untuk pameran, jualan dan sebagai hadiah cabutan bertuah. Majlis ceramah dan penyampaian cabutan bertuah telah tamat pada jam 11.00 malam.

Pogram sebegini perlu diadakan selalu untuk menarik minat guru - guru pelatih yang masih muda menggunakan produk yang halal lagi suci dan merekalah sebagai agen untuk menyampaikan kepada masyarakat luar apabila mereka keluar berkhidmat nanti






MINUMLAH RADIX COLA...

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP

Wednesday, March 10, 2010

MADU NAMAKIN HPA BAIK UTK INGATAN PELAJAR

Produk SLM dari HPA

Dalam bentuk sachet,,senang di bawa ke mana jua

Alternatif kepada anak-anak kita di sekolah, daripada makan gula-gula , lebih baik bagi makan madu . Banyak khasiatnya antaranya :-

Mengembalikan kekuatan tubuh.
Membersih dan manambah darah
Mengelakkan daripada kegemukan yang tidak terkawal
Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air
Memulihkan penyakit berpanjangan
Menguatkan jantung , buah pinggang dan badan
Menyembuhkan penyakit dalam peru
Mempercepatkan penyembuhan luka hasil dari kesan pembedahan
Memulihkan batuk dan lelah

HAMAS AL QOSSAM

Betapa takutnya Israel akan Hamas. Dan betapa takut pula mereka akan Al Qossam, roket yang dibuat oleh Hamas. Roket yang dibuat di rumah itu, hanya menggunakan tangan, seolah tak pernah habis dan tak pernah henti. Bandingkan dengan Israel yang mengimpor senjata, termasuk roket dari negara-negara besar seperti Jerman dan AS, selain juga Israel memproduksi sendiri senjatanya, yang semuanya itu tentu saja, tak ada yang dibuat di rumah, juga tak ada yang dibuat oleh tangan.

Roket-roket Israel merupakan buatan pabrik dan mesin yang mempunyai daya jangkau ribuan kilometer dan daya ledak yang dahsyat. Tapi itu, tak sedikitpun membuat Hamas ataupun orang Palestina yang berada di Jalur Gaza ketakutan. Israel bisa kapan saja meluncurkan senjata mereka, roket, misil dan bom, dan para pejuang Hamas senantiasa bersiap siaga. Para pejuang Hamas hapal betul dengan ayat Al Quran yang berbunyi : “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Qs. al-Anfaal [8]: 60)

Dan beginilah Hamas membuat senjata roket Al Qossam untuk berjuang melawan penjajah bumi Palestina, Israel.

Di sebuah gudang di utara Jalur Gaza, sekelompok anak muda, selalu anak muda, membuat roket-roket Al Qossam. mereka mengerjakannya di malam hari.

Roket-roket diukur sedemikian rupa dalam berbagai ukuran yang berbeda. Yang paling besar “hanya” sanggup mencapai jarak 9 kilometer.

Material peledak: hulu roket diisi dengan TNT.

Pupuk yang digunakan sebagai bahan bakar roket berasal dari Israel. Orang-orang Israel tidak pernah mengerti bagaimana pupuk-pupuk ini bisa sampai di Gaza.

Para kreator ini kemudian mencampur pupuk dengan sirup glukosa. Mereka menggunakan timbangan bumbu dapur untuk mengukur takarannya.

Perlu satu jam setengah untuk menyiapkan bahan bakar roket di atas sebuah kompor gas mini. Roket sedang dites uji ledaknya.

Para Hamas muda ini menggunakan walkie talkie untuk berhubungan dengan rekan-rekannya yang berjaga di luar gudang.

Enam jam dalam satu malam, dibagi dalam dua shift. Tak ada upah lembur. Mereka menggunakan waktu istirahat untuk tahajjud dan hanya ditemani segelas kopi.

Semua bahan dituangkan ke dalam roket, yang kemudian akan mendingin dan mengeras dengan sendirinya. Kontainer ini kemudian akan dipotong dan silinder bahan bakar dimasukan kedalam sel Qossam. Sebuah detonator juga disertakan. Satu malam, anak-anak muda itu sanggup membuat 100 buah roket! Subhanallah.

sumber: http://www.eramuslim.com/berita/palestina/beginilah-roket-al-qossam-dibuat.htm

Sunday, March 7, 2010

PROGRAM KUMPUL NILAI MATA DENGAN SEBELAH MATA JA...


Sampai ke Destinasi




Singgah di Radix Oriental Cuisine

Inilah Pembakar roti HPA..sekali fire...masaklah roti tu...

Di Radix Bakery House


Kepimpinan Pelajar IPSAH buat jualan RFC Sendiri dan Barangan HPA yang lain

Hadiah drpd RFC

Kedai ustaz Zahir (nak ambil ilham)



Gelagat si Anak Kecil

HPA Cwgn Sg Petani


3.00 ptg- Bertolak dari Batu Kurau ke Sungai Petani.
4.30 ptg - Sampai ke destinasi dan terus ke Radix Oriental Cuisine untuk menjamu selera (Makan Tengahari). selepas itu ,singgah pula ke Radix Bakery House bersebelahan ROC .
6.00 ptg - Check in hotel el Zahraa inn untuk penginapan.
9.00 mlm - Bertolak ke IPSAH , jumpa downline...
12.00 mlm- Balik ke El-Zahraa inn dan tidur..la

07/03/2010

11.00 pg - jalan -jalan sekitar Sg Petani cari makan ...singgah ke ROR (Radix Organic Recipe)
12.00 tgh - Ke RFC dan seterusnya Ke Radix Pizza ( Bungkus ja )
3.00 ptg - Bertolak ke batu Kurau

p/s : tentatifnya lebih kurang gitu la...nak tulis secara detail,,, panjang sgt...
dalam 2 hari tu,,boleh kumpul nilai mata lagi......

Wednesday, March 3, 2010

RAIHAN KINI BERSAMA HPA

Menantikan Album Terbaru Raihan


InsyAllah dalam waktu terdekat, Musaffir Perjuangan akan muncul dalam pasaran MLM HPA di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Kemboja. Pastikan pejuang HPA sentiasa membeli yang original dan bukan cetak rompak.


HPA kini dalam usaha mengemilangkan kembali industri nasyid Islami dan menjadi suatu tanggugjawab kita semua memastikan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah swt di pertahankan.

Sumber dari blog GM HPA

Monday, March 1, 2010

KEDUDUKAN JUALAN TERTINGGI CAWANGAN ZON TENGAH

Kedudukan Jualan Tertinggi Cawangan Zon Tengah
bagi bulan Februari 2010

1TAIPING
2IPOH
3KAJANG

4KLANG
5GOMBAK
6BANGI
7SHAH ALAM
8AMPANG
9SUNGAI BULOH
10TANJUNG KARANG
11PARIT BUNTAR
12JALAN RAJA LAUT
13SERDANG
14RAWANG
15TANJUNG MALIM
16SRI MANJONG
17PETALING JAYA(SELANGOR)
18TELUK INTAN
19PUCHONG
20KIOSK BATU CAVES
21SRI ISKANDAR(PERAK)
22BANDAR SRI PERMAISURI

23KIOSK D'PALMA AMPANG
24WANGSA MAJU
25HUTAN MELINTANG
26KIOSK SERENDAH
27KUALA KUBU BHARU
28KIOSK PEJABAT OPERASI

SUMBER : BLOG ZON TENGAH

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin