Followers

Thursday, October 29, 2009

PRODUK BARU...NUGGET AYAM & RADIX STRAWBERRY


MENU RCH TERKINI.....


RFC KLUANG.....RFC KE-4....GEMPUR SELATAN...


RFC Kluang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad pada 24 Oktober 2009. Ini adalah RFC yang ke - 4 selepas Sungai Petani ( 2 ) dan Alor Setar ( 1 ).

Wednesday, October 28, 2009

INI BUKAN KES YANG MEMBABITKAN RADIX CHICKEN HOUSE.....



JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.
________________________________________

KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...

Tuesday, October 27, 2009

CARA DAFTAR AHLI ONLINE DGN PSD BATU KURAU


APA KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI HPA ?

Keistimewaan menjadi ahli HPA:
  • Yuran keahlian hanya RM 30.00 sahaja seumur hidup. Tiada yuran tahunan.
    Perniagaan ini boleh diwarisi.
  • Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
  • Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
  • Pelan pemasaran yang begitu mudah. ADIL dan SUKSES. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!.
  • Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
  • Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA.
  • Pemantauan bagi dapatkan maklumat atau nasihat untuk downline di bawah PSD BATU KURAU (KPU) akan di sediakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR AHLI HPA CARA ONLINE DI BAWAH RANGKAIAN PSD BATU KURAU (KPU) ?

Untuk mendaftar sebagai ahli HPA melalui rangkaian PSD BATU KURAU (KPU) .sila berikan maklumat peribadi anda dengan mengisi E-borang Ahli HPA: Klik di sini atau ke alamat e-mail wanza_80@yahoo.com.my (En Irwan):

E-Borang Ahli HPA(Pra-pendaftaran) adalah PERCUMA. Sila isi maklumat peribadi yang diperlukan. Untuk mengaktifkan keahlian HPA yang SAH anda, Sila lakukan pembayaran sebanyak RM 30.00 (yuran keahlian HPA dan kit niaga HPA) + RM 5.00 (kos penghantaran) sahaja ke akaun bank berikut untuk mendapatkan keahlian yang SAH dan seterusnya menjadi ahli HPA melalui rangkaian PSD BATU KURAU

1. AKAUN BANK ADMIN AKAN DIBERIKAN SETELAH E-BORANG AHLI HPA SUBMIT

2.ATAS NAMA MOHD IRWAN AZAHARI BIN TAHIR

Setelah anda melakukan pembayaran, sila hubungi (call atau SMS) kepada

IRWAN 016-4411827


dengan kadar segera dan maklumkan mengenai bayaran yang telah dibuat. Kit niaga HPA akan di poskan kepada anda. Kit niaga HPA mengandungi:

BORANG PENDAFTARAN AHLI HPA, KATALOG PRODUK HPA, BUKU PLAN PEMASARAN, SENARAI CAWANGAN DAN STOKIS HPA SELURUH MALAYSIA, SALINAN SIJIL HALAL JAKIM, SIJIL AJL,DAN SENARAI HARGA DENGAN NILAI MATA PRODUK.

ATAU bagi berdekatan dengan negeri PERAK boleh menghubungi terus ke ADMIN untuk temujanji.

Friday, October 23, 2009

4 CARA MENGENALI KEAIBAN DIRI

1.Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2.Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3.Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4.Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH??

PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN;

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH.

2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB.

3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU.

4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK.

5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS.

6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYYA bermaksud matahari.
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan"!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI...sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti.

8.AMIN...hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya.

kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le')...sepatutnya dibaca, Alhamdulillah....
b) malikiyau-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( 'maa' = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a'n a'm...sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

PERHATIAN......
SEBARKANLAH HUKUM ALLAH WALAUPUN SATU AYAT SEMOGA KITA MENDAPAT RAHMATNYA...

Monday, October 19, 2009

PBC TAIPING BAKAL MELAHIRKAN PEMIMPIN BARU

Pada 17 dan 18 Oktober 2009 yang masih berada dalam bulan Syawal iaitu 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah, telah berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping. PBC Taiping yang telah berjaya menghimpunkan seramai 37 orang pada kali ini telah menampilkan penceramah yang hebat - hebat daripada Kelab Pemimpin Utara ( KPU ).

Di antara Pemimpin - pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS Sharifah Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan ), PJS Zainuddin Abdul ( 6M ), PJ Saliza Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Pilihan ), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim ( Bersama Pemimpin ), PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol ( Urusetia ), PJS Mohd. Bakar Awang ( Bacaan Al - Ma`thurat ),
PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang - Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.

Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat - hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya '. walau bagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.

STEVIA BOLEH GANTI GULA

Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa . kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis .
Fakta daripada Dr. Julian Whitaker's (MD Health & Healing , December 1994 , Vol 4. No 12) www.stevia.com

KELEBIHAN EKSTRAK STEVIA
  • Mengimbangkan kandungan gula di dalam badan
  • Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
  • Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
  • Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki & perempuan
  • Membantu menurunkan kadar gula dalam darah ( sesuai untuk pesakit : Diabetis & Hypoglycemia)
  • Membantu menurunkan tekanan darah
  • Membantu sistem penghadaman badan
  • Membantu mereka yang mengalamai masalah insomnia
  • Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan ( obesiti )
  • Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda .....

SOALAN : ADAKAH HPA ADA MENGELUARKAN PRODUK DARIPADA HERBA STEVIA INI ??????

JAWAPANNYA : ADA ........!!!!!!!
SALAH SATU PRODUKNYA IAITU KOPI RADIX DIET!!!!!!!

KOPI YANG BERWARNA HIJAU TU.....

JAMUAN HARI RAYA KPPU TAIPING

Pada 14 Oktober 2009, bersamaan 25 Syawal 1430 Hijrah, Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) bersama HPA Cawangan Taiping telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di HPA Cawangan Taiping untuk semua ahli dan bukan ahli seluruh kawasan Perak Utara.

Kehadiran seramai 150 orang yang tidak dijangkakan menyebabkan Dewan Al - Wahida HPA Cawangan Taiping penuh sesak dari depan hingga ke belakang dewan. Ada di antara ahli yang terpaksa berdiri kerana kehabisan kerusi dan ada juga yang terpaksa duduk di atas lantai.

Program Jamuan Hari Raya tersebut telah dimulai dengan ucapan daripada Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof. Seterusnya ceramah motivasi telah disampaikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selepas daripada ceramah motivasi, semua hadirin telah dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh KPPU iaitu mi kari yang menggunakan mi melayu Pak Din, Taiping. Manakala rempah kari, ayam, fishball dan minuman daripada produk HPA sendiri.

Kehadiran daripada pemimpin - pemimpin KPU seramai 20 orang juga telah memeriahkan lagi majlis pada kali ini. Kehadiran pemimpin - pemimpin KPU juga adalah kerana selepas daripada Jamuan Hari Raya, telah diadakan Mesyuarat Komuniti di antara pemimpin - pemimpin daripada komuniti Kulim, Parit Buntar, Taiping dan Kuala Kangsar.

Sunday, October 18, 2009

HPA YANG DIBANGGAKAN.........

ROR

EL-ZAHRA INN

RCH
ROC
RBH


RFC

YANG TERBARU " RADIX PIZZA HOUSE "(RPH)

PEMBACA KE-1000

PEMBACA BLOG PUSAT STOKIS DAERAH HPA BATU KURAU MENCECAH 1000 ORANG PADA 16/10/2009 ( JUMAAT )...PEMBACA YANG KE-1000 BOLEH MENGHUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN HADIAH DARIPADA PSD BATU KURAU.......

Wednesday, October 14, 2009

MASAM SUNGGUH,,,,,awat masam sgt?????

ketiak yang perlu di"polish"...........

Ini penawarnya,,,tp sebelum tu kalau ketiak jenis mcm gmbr diatas tu...cukur dahulu na...

Tuesday, October 6, 2009

KENANGAN INDAH DI PADANG SUMATERA

Kemusnahan hebat Bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia dengan bencana gempa bumi baru - baru ini, bukan sahaja menggemparkan kembali dunia dengan silih bergantinya tragedi yang melanda Bumi Seberang, namun kejadian tersebut juga memberi kesan yang besar kepada penulis dan sebahagian rakan-rakan daripada HPA yang pernah memijakkan kaki di bumi itu dalam Ekspedisi Lawatan KPU pada 26 hingga 30 Disember 2008 yang lalu. Hampir keseluruhan lokasi menarik dan bangunan yang menghiasi bandar Minangkabau tersebut telah runtuh menyembah bumi. Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut turut menyeret kematian beribu penduduk di sana.

Penulis pastinya masih dapat membayangkan keindahan dan keunikan bandar tersebut, juga keselesaan Hotel Ambancang yang menjadi tempat rehat istimewa dan banyak menyimpan pengalaman bagi setiap peserta. Hotel yang boleh dikategorikan sebagai antara hotel yang paling `standard' di bandar tersebut, kini 3/4 Hotel Ambancang telah runtuh dan dikatakan masih banyak mayat - mayat penghuni hotel yang terperangkap masih gagal dikeluarkan.

Lapangan Terbang Padang yang banyak mengimbau sejarah dan kenangan bagi ahli - ahli rombongan juga telah musnah dalam kejadian gempa bumi tersebut. Begitulah hebatnya gempa bumi yang telah berlaku di Bandar Padang, Indonesia yang tidak menjangkakan kita terutamanya bagi kami yang telah pernah ke sana. Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar kepada kita untuk selalu mengingati bahawa Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari segala bencana dan memberikan kebaikan di akhirat kepada mangsa - mangsa tragedi , juga kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang kehilangan kaum keluarga dan terpaksa meneruskan kehidupan di celah bangunan batu bata yang runtuh.

HOTEL AMBANCANG YANG TELAH RUNTUH DALAM TRAGEDI GEMPA BUMI

HOTEL AMBANCANG WAKTU MALAM SEBELUM RUNTUH

BERGAMBAR KENANGAN DI DALAM HOTEL AMBANCANG SEMASA LAWATAN KE PADANG PADA 26 HINGGA 30 DISEMBER 2008

SEBAHAGIAN DARIPADA PEMIMPIN - PEMIMPIN KPU BERGAMBAR DI DEPAN HOTEL GRAN MALINDO, BUKIT TINGGI, INDONESIA
GUNUNG BERAPI YANG MASIH AKTIF DI SUMATERA BARAT "GUNUNG MERAPI"
BERGAMBAR KENANGAN DI KAWASAN KAWAH GUNUNG BERAPI YANG TIDAK AKTIF YANG SUDAH MENJADI TASIK "TASIK MANINJAU"

PRODUK BARU HPA

COKLAT RADIX

DEODORANT RADIX & CENTELLA

KISMIS MINDA WAJAH BARU

SARDIN HPA

KACANG POTONG HPA

TERBARU " SYAMPU SINTOK "

ANTARA BAWANG DAN ROKOK

Bawang yang dimakan dengan banyak akan mengeluarkan bau yang mengganggu orang lain.

Dari Jabir ra berkata: " Rasulullah SAW melarang memakan bawang bakung dan bawang merah,akan tetapi pada suatu waktu kami memerlukanya sehingga kami memakannya. Lalu beliau bersabda : barang siapa yang memakan hasil dari pohon ini yang menimbulkan bau maka hendaklah ia tidak mendekati masjid kami. Ini kerana malaikat akan merasa terganggu dengan apa-apa yang membuat manusia terganggu"(HR Muslim)

selain daripada bawang terdapat banyak lagi buah-buahan yang mendatang bau yang tidak menyenangkan seperti jering dan petai. Buah durian juga boleh mendatangkan bau kepada sesetengah orang tetapi wangi pada sisi orang lain. Dalam situasi ini pengambilanya juga tidak seharusnya banyak.

Disudut kesihatan buah-buahan merupakan sumber makanan kesihatan yang alami namun bagitu tidak semuanya sesuai terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti pesakit jantung yang sedang mengggunakan ubat pencair darah tidak boleh menggunakan garlic(minyak bawang putih). Bagitu juga dengan buah durian ,tidak boleh diberikan kepada pesakit kencing manis,petai dan jering tidak boleh diberikan kepada pesakit gout dan batu karang.

Kita lanjuti perbincangan ini dengan melihat bau dari mulut orang yang menghisap rokok. Bukan sahaja meninggalkan nakotin pada gigi malah lebih parah ia merosakkan gigi dan paru-paru. Paru-paru mendapat sedutan asap yang mengandungi karbon monoksida,tar,zink phosphid,simulasi najis manusia,alkohol dan beberapa bahan kotor dan beracun. Hampir semua fatwa ulamak menyatakan haram. Di kota-kotak rokok di malaysia di wajibkan meletakan gambar-gambar penyakit akibat daripada rokok.

Kesan daripada rokok inilah hati menjadi keras lantas mereka bukan sahaja tidak kemasjid,tidak menyukai pengajian ugama, tidak menyukai al- Quran malah hati terus keras dan berdegil bagi menerima Islam secara "kaffah". Itulah sebabnya HPA mengharamkan penggunaan rokok kepada warga-warganya. Sejauh mana keberkesanya? mari kita lihat dalam setiap program HPa..InsyaAllah tidak ada orang yang menghisap rokok..

Sumber: Jawimediherb

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin