
KINI 3 TAHUN PUSAT STOKIS DAERAH BATU KURAU BEROPERASI , bermacam-macam cabaran dan dugaan di tempuhi bersama.Berbagai tohmahan dilemparkan tetapi perjuangan tetap diteruskan walaupun pahit . Dan kini Kawasan Batu Kurau, HPA telah berkembang pesat dengan penubuhan 2 stokis baru yang banyak membantu antaranya stokis tersebut ialah Stokis Batu 16 ( Kak Norliza ) dan Stokis Jelai ( Ku Iskandar ). Disamping itu juga wujudnya stokis dibawah rangkaian HPA Bt Kurau seperti Stokis Air Kuning ( PJ Shahril), Pusat Jualan Taiping ( PJ Mashitah ),Pusat Stokis Daerah Chgkt Jering (Ermawani),Stokis Kg Boyan Tpg (Abdullah Hair), Stokis Tambun Ipoh (Ustzh Hazlinda),dan Stokis Saujana Utama Sg Buluh(Abg Rahim)..terima kasih kalian juga banyak membantu perjuangan ini...Menjelang 2010 , diharap lebih banyak stokis dan pengedar aktif di wujudkan di kawasan ini atau tempat berdekatan untuk memenuhi visi dan misi HPA. Banyak lagi aktiviti - aktiviti HPA yang perlu diadakan disamping memberi kefahaman peranan HPA dalam masyarakat. Rata - rata masyarakat khususnya melayu islam masih lagi menganggap HPA hanya medan bisnes semata -mata bukannya salah satu medan dakwah.Perlu diingat, ini menjadi tanggungjawab kita bersama (Ahli HPA) dalam mengembalikan kesedaran masyarakat islam kita khususnya dalam bab ekonomi islam, pengambilan pemakanan halal , dan sebagainya... semoga dengan usaha kita yang sekecil ini, akan diberi keberkatan Allah yang Maha kasih pada ciptaan-Nya...
TERUSKAN PERJUANGAN WALAUPUN PAHIT.................
No comments:
Post a Comment