Followers

Monday, May 11, 2009

BERBEKAM (AL-HIJAMAH ) SUNNAH NABI











Gambar : Peralatan bekam dan rawatan bekam yang dijalankan di Pusat Rawatan Alternatif Batu Kurau.




Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)" (Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".
Bekam sangat sesuai dengan tujuan pengubatan Islam itu sendiri iaitu dapat mencegah dan merawat penyakit. Bekam amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat perawatan.
Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi. Jika terlalu banyak kotoran yang mengandungi toksid dalam badan, ini akan menyebabkan penyumbatan dalam saliran darah; di mana sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan, baik secara fizikal maupun mental seseorang. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai ke tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).
Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit. Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.
Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin