Followers

Sunday, January 17, 2010

MESYUARAT DI DATANGI PJS BARU

PJS AASIM BIN KHALID DAN SAF KEPIMPINAN KOMUNITI KPU TAIPING


Pada 17 Januari 2010 (Ahad), jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat KPPU buat kali pertama pada tahun 2010 ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof selaku Pengerusi Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) dan juga Pengerusi Komuniti KPU Taiping.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah PJS Aasim Bin Khalid (PJS KPU yang baru dilantik bagi tahun 2010 - Tahniah diucapkan) Naib Pengerusi KPPU, PJ Hindon Abdul Aziz, Setiausaha KPPU, PJ Mohd. Affendy Ismail, Naib Pengerusi, PJE Mohd. Irwan AzahariTahir, Mohd. Firdaus Wahi, Husna Nabilah Wahi dan AJK - AJK baru seperti Siti Jaleha Sulaiman, Hamidah Mohd. Yusoff, Suhail Hashmin Mat Hussin dan Muhd. Fitri Harun.

Banyak perkara telah dibincangkan dan banyak program telah dirancang. Semoga apa yang telah dirancang akan menjadi kenyataan. Mesyuarat telah tamat pada jam 5.30 petang.

BERJAYA JUGA PROGRAM PRA PBC TAIPING

Pada 17 Januari 2010 (Ahad) telah diadakan PRA PBC yang pertama kalinya diadakan di Taiping. Program tersebut telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Seramai 30 orang telah menyertainya yang terdiri daripada ahli dan bukan ahli.

Kutipan yang dibuat hanya RM 2.00 sahaja seorang untuk makan ringan dan minuman kopi radix mai secawan. Para penceramah yang telah hadir untuk menyampaikan slot ialah PJS Zainuddin Abdul (Pengenalan Syarikat dan Plan), bersama isteri beliau, PJ Nailulmuna Abdul Aziz (Perawatan dan Produk) dan Ustazah Fazilah Bt Yahya (Halal Haram) merupakan muka baru yang mempunyai bakat dan gaya tersendiri serta penyampaiannya yang jitu dalam bab halal dan haram telah menarik minat para peserta.

Gabungan 3 orang penceramah ini yang telah menyampaikan ceramah masing - masing telah menarik minat para peserta yang belum menyertai PBC untuk mendaftar pada PBC akan datang. Pemimpin - pemimpin KPPU yang turut hadir ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Affendy Ismail dan PJ Hindon Abdul Aziz. Kehadiran pemimpin - peminpin GEN 7 dari Taiping dan Sungai Petani juga telah memberi semangat kepada para peserta. PRA PBC Taiping akan diadakan setiap bulan, Insya Allah.

PJS ZAINUDDIN BIN ABDUL

PJ NAILULMUNA BT ABDUL AZIZ

USTAZAH FAZILAH BT YAHYA

PARA PESERTA YANG HADIR

Pelancaran Produk Baru Di De Palma Ampang





Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru.
Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.

sumber : blog GM

Wednesday, January 13, 2010

PROGRAM PRA PBC TAIPING...DAFTAR SEGERA

Salah seorang penceramah iaitu PJS Zainuddin Abdul


Assalamualaikum wbt.. PROGRAM PRA PBC akan diadakan pada 17 Januari 2010 (Ahad) jam 9 pagi . Daftar diri anda ke Program ini dengan bayaran RM 2.00 shj seorang..Tarikh tutup 16 Jan 2010. hubungi saya..

KALAU BENARLAH INI YANG BERLAKU...TERUS GEMPUR WAHAI SAHABATKU....

PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.
Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

sumber : http://jawiherbshop.blogspot.com/

Monday, January 11, 2010

PELAN MARKETING KUFFAR

•Syeikh Jalal Al Alim
Dalam Kitabnya
“Perancangan Musuh Islam-Hancurkan Islam..
Musnahkan Penganutnya.

Pelan Kuffar Menghancurkan Islam melalui 8 strategi.

1-Hapuskan sistem pemerintahan Islam
2-Menghapuskan Al Quran
3-Rosakkan hubungan ummat Islam dengan Allah SWT
4-Hancurkan perpaduan ummat Islam
5-Timbulkan keraguan tentang Islam di kalangan penganutnya
6-Biarkan Bahasa Arab lemah
7-Wujudkan pemerintahan diktator
8-Pencilkan orang Islam dari sudut industri sehingga mereka terpaksa menggunakan produk-produk bukan Islam dan tidak menyokong industri produk muslim.

Monday, January 4, 2010

PEMIMPIN UNTUK DIPIMPIN GEN- 7 KPU

GM dan Presiden KPU sedang berbual sesuatu
.
Barisan PJS Muslimat KPU

Ada perkara tak puas hati laaa..tu

Barisan pemimpin baru KPU Taiping

Bersama PJS Sabri Ahmad

Otai sedang mengisi borang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin