إن لكل أمة فتنة , وفتنة أمتي المال
Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)
Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.
Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.
Allah menegaskan :-
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )
Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram.
Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.
Allah mengingatkan kita lagi bahawa :
انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً
Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 )
ends.......www.zaharuddin.net
Thursday, July 9, 2009
MARIA HERTOGH (NATRAH) MENINGGAL DUNIA DI BELANDA
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.
Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
sumber : harakah.......

Wednesday, July 8, 2009
GERAKAN JIHAD YANG MESTI DISAHUT
Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )
Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.Dalam kekemelutan munculnya Kopi Master Radix..mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui..
Semenjak GM melancarkan gerakan jihad terhadap Master Radix ni...saya dah 3 hari dok gi memantau pergerakan mereka dan dah masuk ke kedai kopi ,Restoran , di sekitar Batu Kurau ni..dalam pemerhatian sy...memang mereka ada.. menghantar kopi tersebut..sehinggakan tuan kedai,org ramai keliru yang mana kopi yang asli...?Radix @ Master Radix ...Pelanggan kira dok nak sedap minum ja..tanpa ambil kisah kesan meminumnya dan bahan kandungan ..kali ini yang saya dapat maklumat terbaru..mereka telah menukar kempen dakyah mereka iaitu Master Radix adalah sykt kopi yang lain,,,ianya bukan kepunyaan HPA dan ada lesen perniagaannya tersendiri...licikkan..tapi persoalannya mengapa mesti ada perkataan Radix ??adakah utk mengelirukan org ramai...jika ada kesan meminumnya ...orang akan sebut RADIX adalah puncanya....disebabkan kekeliruan inilah ada di antara tuan kedai yang mengambil Master Radix utk jd santapan pelanggan kedai mereka...tp Alhamdulilah...jika kita ahli HPA menyahut cabaran GM..insyaAllah kita boleh mencegah perkara yang saya sebutkan td berleluasa...,,Hikmah yang saya dapat daripada kewujudan kopi radix palsu dan yg terbaru Master Radix ialah inilah kemanisan dalam dakwah perjuangan dan kita dapat mengatur strategi perniagaan dgn lebih mantap lagi,,,insyaAllah....Produk Halal Tanggungjawab Bersama..
JADIKAN MEREKA INI( KEDAI MAKAN, RESTORAN , KEDAI RUNCIT DI KAWASAN ANDA ) SBG AHLI HPA DAN HANTAR MEREKA INI KE PBC UTK ILMU...INSYALLAH PERKARA INI BOLEH DI CEGAH....
JADIKAN MEREKA INI( KEDAI MAKAN, RESTORAN , KEDAI RUNCIT DI KAWASAN ANDA ) SBG AHLI HPA DAN HANTAR MEREKA INI KE PBC UTK ILMU...INSYALLAH PERKARA INI BOLEH DI CEGAH....
Monday, July 6, 2009
KEK SPAN " RADIX COCO " RELEASE TENSION...

KEK RADIX COCO YANG LAZAT.....DAH ABIS DAH....RADIX COCO BANYAK KHASIAT & KELEBIHAN :
LEBIH SEDAP DARI MINUMAN KOKO LAIN YG ADA DI PASARAN
LEBIH SEDAP DARI MINUMAN KOKO LAIN YG ADA DI PASARAN
KANDUNGAN RADIX COCO :-
KOKO
EKSTRAK TUNAS BARLI/ MALTA
KRIMER BUKAN TENUSU
KOKO
EKSTRAK TUNAS BARLI/ MALTA
KRIMER BUKAN TENUSU
KELEBIHAN RADIX COCO
AFRODISIAK
PELAWAS
ANTI-STRESS memberi kesan ketenangan pada pengguna.
SERAT TINGGI/FIBER
P/S : MAKAN KEK NI ,,LEPAS TU MINUM RADIX COCO PULAK....INSYAALLAH TENANG...
PELAWAS
ANTI-STRESS memberi kesan ketenangan pada pengguna.
SERAT TINGGI/FIBER
P/S : MAKAN KEK NI ,,LEPAS TU MINUM RADIX COCO PULAK....INSYAALLAH TENANG...
Saturday, July 4, 2009
STOKIS BATU KURAU GEMPUR MEGA SALE "MASTER RADIX "
Gambar : selepas saya menunjukkan Kad Kuasa..pemuda tadi terus lari kebelakang kedai
Semakin berani,,,,siap buat promosi lagi ...siap buat fitnah lagi pada HPA.....SIAP DGN SERAGAM LAGI...BAJUNYA..

Kad "Kuasa " HPA yang menyelamatkan keadaan ....
Pada 03/07/2009 (Jumaat )...di sebuah lokasi ceramah di Batu Kurau..sebelum pergi ke lokasi tersebut,,,saya sempat pergi ke Cawangan HPA Taiping untuk membeli barangan HPA yang akan dijual utk esok hari....dalam perjalanan ke lokasi tersebut saya banyak menerima panggilan telefon yang saya tidak sedari....,pelik krn sblm ini saya tak pernah menerima panggilan sebanyak ini...selepas membeli saya terus ke tempat ceramah...sesampai di lokasi tersebut ,,saya bersama isteri pergi ke tempat orang berniaga....tiba -tiba.....saya terlihat ada satu kedai yang sedang menjual kopi seakan -akan kopi Radix....apabila diteliti...rupa-rupanya Master Radix ....patutlah banyak panggilan telefon....kwn -kwn pasal nak cerita hal Master Radix ni...pada mulanya saya nak dengar saja apa yang diperkatakan oleh penjual tersebut....tiba - tiba bila dia dia menyebut perkataan HPA...saya rasa tak sedap hati...lalu saya mendekati pemuda tersebut untuk mendengar dengan lebih dekat lagi...dia memberitahu kepada org ramai bahawasanya HPA dah berpecah,,,,leader HPA dah berpecah dan tidak bersefahaman lagi....bonus ahli tak dapat...disebabkan itulah ...ahli HPA yang berpecah ni buat satu lagi syarikat iaitu Master Radix dan mengeluarkan kopi sendiri....saya pelik dan hairan dengan penerangan pemuda tersebut..panas berdesing telinga saya mendengar fitnah yang berlaku didpn mata....saya terus bertanya kepada pemuda tersebut...."abg ni ahli HPA ka?..dia menjawab "tidak " saya tanya lagi .." Kopi ni HPA punya ka..? tidak ..kopi ni buat kat mana ? Kedah katanya...tapi..Kilang kat Taiping tu Pulak? itu tempat packaging sj...lalu saya bertanya lagi...macaman abg tahu yang HPA dah bepecah ? dia kata,,,saya tau la,,,saya tanya ,,macamana boleh tau,,sdgkan abg bukan ahli HPA ? dia terdiam...masa tu semua orang memandang saya....mcm ada satu semangat,,,lalu saya mengeluarkan kad kuasa HPA sy...,,saya menggertak pemuda tadi dan berkata " saya Ahli HPA dan Stokis kawasan sini....abg telah fitnah HPA dan saya boleh amik tindakan terhadap abg ....dengar saja gertakan saya,,,pemuda tadi terus melarikan diri ke belakang tapak niaga...mgkin krn takut atau malu...masa tu org ramai bertanya kpd sy...dan saya jelaskan kepada mereka apa yang sdg berlaku...dalam Perniagaan HPA....tanpa membuang masa..saya terus mengambil gambar ....dipendekkan cerita,,,sbb tak larat nak menulis...dlm blog ni...sy berjumpa dgn pemuda tadi selepas habis ceramah utk mendapatkan maklumat siapa yang supply kopi "Master Radix " ini...akhirnya jawapannya adalah C*** dan ternyata sudah siapa pemiliknya....saya tawarkan pemuda ini utk menjadi ahli HPA..terfikir saya,,,nak salahkan pemuda tadi pun tak boleh jugak..sbb dia tak tahu ...sebagai kesimpulannya cara untuk mencegah daripada kopi tiruan ini berleluasa adalah dengan menjadikan pemilik kedai -kedai makan dan restoran ahli HPA...yang sah dan jgn lupa hantar mereka ke PBC ,,dgn cara ini sajalah kita dapat mencegah...drpd ia berlaku....p/s : teruskan perjuangan ..jgn mudah mengalah....perjuangan perlukan pengorbanan....biarlah apa yang org nak kata kat kita,,hanya Allah yang tahu apa yang kita perjuangkan.....
Thursday, July 2, 2009
RFC " DRIVE THRU " SUDAH BEROPERASI DI LAGUNA MERBOK KEDAH
.jpg)
.jpg)
Alhamdulillah. 29hb Jun 2009: Pada jam 9.30 Pagi ini telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil yang juga AGM Pentadbiran HPA, telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani. Sebelum itu bacaan Al-Mathurat telah dibuat.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna jugamenyediakan perkhidmatan 'drive thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.Ends.....................
Wednesday, July 1, 2009
WAJAHNYA MUSLIM,,JUADAHNYA BELUM TAHU
Setiap orang menanggung dosa masing-masing, tiada sesiapa dibebankan dengan dosa orang lain. Itu adalah prinsip asas yang wujud di dalam Islam berdasarkan firman Allah swt : -
Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan ( Al-An'am : 164 )
Imam Al-Qurtubi menjelaskan[1], ketiadaan kaitan ini hanya dari sudut dosa di akhirat, mankala di dunia, orang yang tidak melakukan dosa masih terdedah kepada azab yang dikenakan ke atas pelaku dosa. Ia berdalilkan kepada ayat dari Surah Al-Anfaal : 25 iaitu :-
"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di kalanganmu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya"
TERIMA HADIAH DAN TANGGUNGJAWAB
"ustaz, saya ada terima hadiah aiskrim dari seorang rakan, tapi sebab saya baru sampai UK, dan tak tahu apa jenama dan kandungan yang halal, saya hanya bergantung kepada dia, boleh tak ustaz?" soal seorang pelajar di United Kingdom
"Ye la, tak kanlah dia nak bagi saya aiskrim ada babi pulak kan" tambahnya lagi sebelum sempat saya memberikan buah fikiran.
"Jika demikian, enta boleh makan aiskrim itu" jawab saya ringkas.
"Tak perlu baca ingredients ke ustaz?"
"Dah tadi anta kata, tak tahu apa yang halal, begini, kalau reti, bacalah dan buat penilaian ikut ilmu serta keyakinan sendiri, jika tiada mampu bergantung sahaja kepada penilaian rakan yang beri tu"
"Perlu tidak saya tanya dia direct,contohnya saya tanya "ni halal ke"?" katanya meminta penjelasan lanjut.
"Dua-dua boleh, nak tanya boleh, tidak tanya pun boleh juga, yang mesti adalah baca bismillah sebelum makan" saya menerangkan, cadangan itu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w menerima daging dari seorang yang tidak dapat dipastikan sama ada ia disembelih atau tidak, maka diajar oleh Nabi untuk membaca basmalah.
"Kalau rasa kawan tu betul-betul rapat, sudut budaya dan adab pun ok, boleh ajukan pertanyaan, tapi kalau rasa ia sampai boleh menggugat hubungan persaudaraan, senyap saja dan balik semak sendiri dan buat keputusan, saya sendiri pernah simpan hadiah sekotak aiskrim yang orang bagi, akhirnya kami buang kerana tidak yakin, walaupun yang memberi tu rakan Islam juga" tambah saya lagi
layari : http://www.zaharuddin.net/

Subscribe to:
Posts (Atom)